DIARI KULIAH PENGURUSAN KOKURIKULUM MINGGU 1-14
Tarikh : Minggu 1; 6 / 7 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Rahman Talib
AKTIVITI | CATATAN |
En. Sadzali Hassan memperkenalkan diri beliau serta instruktor-instruktor yang akan mengajar kami sepanjang semester bagi subjek kokurikulum. Semua pelajar dikehendaki mengambil kehadiran pada hari tersebut. | Penyelaras : En. Sadzali Bin Hassan Instruktor : I. Farah Nor Suhada Abdullah (Kumpulan A) |
En. Sadzali memulakan sesi kuliah selepas sesi memperkenalkan diri. Kuliah pertama ini menjelaskan tentang : · Pengenalan Kokrurikulum dalam sistem pendidikan Malaysia. · Dasar serta pertunjuk perlaksanaan kokurikulum di sekolah. · Komponen Kokurikulum. | Tajuk Kuliah : Pengenalan Kepada Kokurikulum Disampaikan Oleh: En. Sadzali Hassan |
Di samping itu juga, En. Sadzali memberikan sedikit-sebanyak maklumat tugasan kumpulan yang kami akan lakukan iaitu mengenai tugasan membuat program persatuan, permainan, dan unit beruniform serta dokumen-dokumen yang kami perlukan | Saya dan rakan-rakan yang lain mencatat sebarang maklumat penting yang disampaikan oleh En. Sadzali. |
Tarikh : Minggu 2; 13 / 7 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Rahman Talib
AKTIVITI | CATATAN |
Pada minggu ini En. Sadzali Hassan menerangkan tentang pengurusan kokurikulum di sekolah iaitu seperti, pengurusan, mesyuarat, surat menyurat, sistem fail dan sebagainya. | Tajuk kuliah : Pengurusan Kokurikulum di Sekolah Disampaikan oleh : En. Sadzali Hassan |
Kami juga dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk membuat program kecil yang memberikan penilaian markah sebanyak 50%. En. Sadzali Hassan memberikan kami tugasan kumpulan iaitu membuat perlembagaan persatuan. | Saya tergolong dalam kumpulan A. Kemudian kumpulan ini dipecahkan kepada 3, iaitu yang mengendalikan aktiviti persatuan, unit beruniform, dan permainan. Saya dan beberapa orang rakan memilih untuk menjalankan aktiviti unit beruniform. Ahli kumpulan kami seramai 13 orang. |
Kami membuat mesyuarat pertama. Mesyuarat pertama ini kami memilih ahli jawatankuasa persatuan seperti jawatan tertinggi iaitu pengarah program, setiausaha, dan ajk-ajk lain. | Melalui undian, kami bersetuju untuk menjalankan unit beruniform Kelana Siswa, iaitu aktiviti ikatan. Kami juga membuat pencalonan jawatankuasa dan hasilnya terbentuklah ahli jawatankuasa tertinggi.saya dipilih sebagai pengarah program. |
Kami menangguhkan mesyuarat kepada 23 Julai 2008 dan ahli-ahli yang lain turut bersetuju. Kami menangguhkan mesyuarat disebabkan masa kuliah telah tamat. | Mensyuarat ditangguhkan pada tarikh yang ditetapkan kemudiannya. |
Tarikh : Minggu 3; 20 / 7 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Rahman Talib
AKTIVITI | CATATAN |
Pada minggu kali ini En. Sadzali Hassan memberi kuliah tentang bidang tugasan dalam sesebuah organisasi. | Tajuk kuliah : Pengurusan Mensyuarat Disampaikan oleh : En. Sadzali Hassan |
En. Sadzali memberitahu bahawa aktiviti akan mula dijalankan pada minggu kelima. | Kumpulan kami yang menjalankan unit beruniform mendapat giliran yang kedua, iaitu selepas permainan dan sebelum persatuan. |
Tarikh : Minggu 4; 27 / 7 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Rahman Talib
AKTIVITI | CATATAN |
Aktiviti kursus permainan (Bola Tampar) pada minggu ini akan ditunda ke 15 / 8 / 2009 | Saya menjadi peserta kursus tersebut |
Tarikh : Minggu 5; 10 / 8 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Rahman Talib
AKTIVITI | CATATAN |
Aktiviti kemahiran permainan (Bola Tampar) pada minggu ini akan ditunda ke 15 / 8 / 2009 | Saya menjadi peserta dalam slot kemahiran tersebut |
Tarikh : Minggu 5; 15 / 8 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Gelanggang Bola Tampar
AKTIVITI | CATATAN |
Kemahiran Bola Tampar Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi | Instruktor jemputan, iaitu cik Farah Suhada Abdullah mengajar kami pelbagai kemahiran asas bola tampar seperti menyangga (digging), mengumpan (setting), merejam (spiking), dan servis (servicing). |
Kursus Bola Tampar Masa: 3.00 petang – 5.00 petang | Dalam aktiviti kursus ini, para peserta diberi penerangan mengenai pengadilan dan kejurulatihan dalam sukan bola tampar. |
Pertandingan Bola Tampar Masa: 8.00 malam – 10.30 malam | Pertandingan ini dijalankan di anatara ahli kumpulan A dan F sahaja mengikut format-format pertandingan yang telah ditetapkan. |
REFLEKSI KENDIRI:
Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah mendatangkan pelbagai faedah terhadap saya. Pendedahan yang dibuat mengenai sukan bola tampar amat bermanfaat pada masa hadapan iaitu jika saya diminta untuk mengendalikan persatuan sukan ini di sekolah nanti. Sebelum ini, saya tidaklah begitu jelas dengan pengadilan atau kejurulatihan sukan ini. Melalui bimbingan yang diberikan oleh instruktor, saya dapat memahami pelbagai peraturan dan pelaksanaan sukan ini. Selain itu, saya memperolehi pengalaman bermain bola tampar dengan betul iaitu melalui aktiviti kemahiran dan pertandingan yang dijalankan. Dari sudut lain, ketiga-tiga aktiviti yang dijalankan ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli kumpulan A dan F khususnya.
Tarikh : Minggu 6; 17 / 8 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Rahman Talib
AKTIVITI | CATATAN |
Aktiviti pertandingan permainan (Bola Tampar) pada minggu ini telah diadakan pada 15 / 8 / 2009. | Saya menjadi peserta pertandingan tersebut |
Tarikh : Minggu 7; 24 / 8 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Rahman Talib
AKTIVITI | CATATAN |
Aktiviti kursus unit beruniform (Kelana Siswa) pada minggu ini akan ditunda ke 6 / 9 / 2009 | . |
Tarikh : Minggu 8; 31 / 8 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Rahman Talib
AKTIVITI | CATATAN |
Aktiviti kemahiran unit beruniform (Kelana Siswa) pada minggu ini akan ditunda ke 6 / 9 / 2009 | Aktiviti / kuliah juga tidak dapat dijalankan kerana pada tarikh ini merupakan cuti umum kemerdekaan |
Tarikh : Minggu 8; 6 / 9 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Bilik Kuliah Taman Universiti 1 (TMNU 1)
AKTIVITI | CATATAN |
Kursus Ikatan (Kelana Siswa) Masa: 8.00 pagi – 10.00 pagi | Kursus ini memberikan penerangan mengenai jenis-jenis ikatan serta kegunaan dalam kehidupan seharian. |
Kemahiran Ikatan (Kelana Siswa) Masa: 10.00 pagi – 12.00 t / hari | Pelbagai kemahiran asas dalam menggunakan tali serta teknik-tekniknya yang betul diajar kepada peserta. |
Pertandingan Ikatan (Kelana Siswa) Masa: 12.00 t / hari – 2.00 petang | Pertandingan ini dijalankan dengan setiap kumpulan yang terdiri daripada peserta-peserta membina gajet buluh berdasarkan aplikasi kemahiran ikatan sebelum ini. |
REFLEKSI KENDIRI:
Ketiga-tiga aktiviti ini telah menambahkan pengalaman saya dalam aktiviti kepengakapan. Hal ini bukan sahaja dilihat dari segi pelaksanaan aktiviti, malah proses persiapan untuk ketiga-tiga aktiviti ini juga amat mencabar kepada saya sebagai pengarah program dalam ketiga-tiga aktiviti unit beruniform. Lebih kurang dua minggu masa yang diambil untuk memastikan segalanya berjalan lancar untuk aktiviti ini. Melalui kerjasama daripada seluruh ahli kumpulan, aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan baik. Aktiviti ini juga mendedahkan saya terhadap cara untuk memimpin anak buah dan cara berhubung dengan pihak luar untuk mendapatkan tenaga pengajar bagi kursus dan kemahiran ikatan tersebut. Selepas aktiviti ini, kemahiran sebagai pemimpin pengakap dapat diasah dengan lebih baik dan diharap dapat diteruskan sehingga menjadi guru di sekolah kelak.
Tarikh : Minggu 9; 7 / 9 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Rahman Talib
AKTIVITI | CATATAN |
Aktiviti pertandingan unit beruniform (Kelana Siswa) pada minggu ini telah dijalankan pada 6 / 9 / 2009 | |
Tarikh : Minggu 10; 14 / 9 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Rahman Talib
AKTIVITI | CATATAN |
Aktiviti kursus persatuan (Pengguna) pada minggu ini ditunda pada 10 / 10 / 2009 | |
Tarikh : Minggu 11; 28 / 9 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Rahman Talib
AKTIVITI | CATATAN |
Aktiviti kursus persatuan (Pengguna) pada minggu ini ditunda pada 10 / 10 / 2009 | |
Tarikh : Minggu 12; 5 / 10 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Rahman Talib
AKTIVITI | CATATAN |
Aktiviti pertandingan persatuan (Pengguna) pada minggu ini ditunda pada 10 / 10 / 2009 | |
Tarikh : Minggu 12; 10 / 10 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Kuliah Muzik 4 (KM4)
AKTIVITI | CATATAN |
Kursus Persatuan (Kepenggunaan) Masa: 8.00 pagi – 10.00 pagi | Kursus ini membolehkan para peserta memahami kegunaan, kepentingan dan hak-hak pengguna. |
Kemahiran Persatuan (Pengurusan Perbelanjaan) Masa: 10.00 pagi – 12.00 t / hari | Dalam aktiviti ini, peserta diberikan pelbagai maklumat mengenai ilmu dan teknik-teknik merancang dan mengurus perbelanjaan kewangan. |
Pertandingan Persatuan (Mencipta Produk Pengguna) | Semua peserta dikehendaki membentuk kumpulan dan mencipta satu produk yang bermanfaat dan mementingkan pengguna. |
REFLEKSI KENDIRI:
Aktiviti ini sangat bermanfaat kepada saya. Instruktor telah berjaya menerangkan dengan baik mengenai kepenggunaan serta hak-hak pengguna. Dalam aktiviti kemahiran, saya berjaya memperoleh ilmu yang sangat berguna iaitu mengenai teknik-teknik merancang dan mengurus perbelanjaan kewangan. Sementara itu, aktivit pertandingan pula menggalakkan para peserta untuk berfikir secara kreatif. Keseluruhannya, aktiviti persatuan ini dijalankan dengan baik dan amat berfaedah kepada semua peserta.
Tarikh : Minggu 13; 12 / 10 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Rahman Talib
AKTIVITI | CATATAN |
Kuliah tidak dijalankan pada minggu ini. | |
Tarikh : Minggu 14; 19 / 10 / 2009
Masa : 5.00 p.m
Tempat: Dewan Rahman Talib
AKTIVITI | CATATAN |
Kuliah akhir dijalankan seperti biasa dengan En. Sadzali memberikan ucapan tahniah atas kerjasama daripada seluruh ahli kursus Pengurusan Kokurikulum. | |
0 comments:
Post a Comment